
Ayam Masak Lemak Cili Api
Tiada idea hendak memasak harini, selongkar peti ais ternampak ayam dan cili padi. Maka terhasillah resepi ini. Gambar adalah dari encik Google, kerana makanan sudah masuk perut tengah hari tadi baru teringat hendak update resepi.
Bahan bahan:
3/4 ayam - potong kecil dengan kulit sekali
1 kotak santan / santan perah
Secubit Garam
2 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus
Bahan kisar:
10 - 15 tangkai cili api hijau
5 - 8 tangkai cili merah
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah
Cara Penyediaan:
- Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat.
- Kisar semua bahan kisar hingga lumat.
- Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit.
- Masukkan bahan kisar dan kacau rata rata bersama ayam.
- Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan asam keping.
- Buka api perlahan sahaja sehingga ayam masak empuk. Tambah garam, jika perlu.
- Bila kuah pekat dan terbit minyak, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan.
Post a Comment