Tragedi Januari 2025 (part 3)

Pada waktu ini, saya dan adik telah pulang ke sarang masing-masing atas tuntutan kerja yang tak pernah akan surut. Adik di Perak manakala saya di Selangor. Setelah hampir dua minggu Allah S.W.T memberi kami berebut pahala menjaga emak dan ayah dalam keadaan mereka ditimba kemalangan. Sekarang tinggallah mak di rumah mak sedara dan ayah di rumah yang dijaga oleh abang sulung dan kak ipar.

Emak terpaksa di jaga oleh mak sedara kerana emak masih perlukan pemantauan yang agak rapi berikutan pendarahan dalam kepala tempoh hari.

https://shidasaad.blogspot.com/2025/01/tragedi-januari-2025.html

https://shidasaad.blogspot.com/2025/01/tragedi-januari-2025-cont.html


Masing-masing berat hati untuk tinggalkan mak pada mak sedara. Bukan tidak percaya, tetapi lebih kepada nak emak sihat di depan mata. Sepanjang emak tidak dapat bangun, kamilah yang mencuci kecing beraknya. 


Doakan kedua emak dan ayah saya kembali sihat seperti dahulu dan dikurniakan kesihatan yang baik dan kuat, untuk kami terus berbakti pada mereka.

Post a Comment

Next Post Previous Post