Syukur alhamdulillah, sudah besar anak dara ibu yang sorang ni. Sudah menginjak umur 10 tahun pada tahun 2025 ni. Orang kampung bagi gelaran Shida Junior. Gembira hati ini dapat melihat Sofia membesar depan mata ibu, walaupun kadang-kadang ibu terleka dengan kerja.
Jika bersama ibu, dialah sahabat, dialah teman suka duka, dialah tempat meluah pendapat, dialah teman shopping, dialah anak, dialah semuanya. Tanpanya walau sejam sudah terasa sunyi.

Barakallahu fi umrik, selamat hari jadi. Semoga dipermurahkan rezeki, urusanmu dan dilimpahkan kesenangan hidup dunia akhirat. Terima kasih kerana melayani ibu dan ayah dengan baik sekali.
Post a Comment