Balik Kampung | Selamat Hari Raya



Rupanya masih banyak tersimpan di draf. 

Malam 29.03.2025, dalam jam 10 malam Shida dan keluarga kecil kami memulakan perjalanan dari Selangor ke Kedah. Kami sekeluarga lebih suka travel sebelah malam kerana cuaca yang sejuk dan tak ramai orang di atas jalan, serta anak dara selesa tidur sepanjang jalan. 

Pada mulanya rancang untuk bertolak malam sebelum, 28.03.2025, tetapi atas sebab tertentu terpaksa tangguh ke malam berikutnya. Dalam hati sedih tidak terkata kerana lambat lagi nak balik ke kampung. Mesti mak ayah dan adik beradik yang lain menanti kami dengan penuh harapan.

Musim perayaan pasti banyak kereta di jalan raya, kebetulan hari kami bertolak, jalan adalah lengang. Perjalanan kami mengambil masa 6jam seperti hari biasa. Alhamdulillah..



Kami selamat tiba di kampung halaman pada 4.30 pagi. Tidak mahu menyusahkan mak untuk menyediakan makanan untuk kami sekeluarga, kami bertiga bersahur di rnr. Setibanya di kampung, paling penting, minum air dan kami redeem tidur.



Rindu kampung walaupun bulan Januari 2025 baru-baru ni sudah balik semasa kejadian mereka berdua terlibat dalam kemalangan. Sebenarnya lebih rindukan mak dan ayah di kampung. 

Bagaimana pula perancangan anda pulang ke kampung?

Nota : lengan bermaksud tidak sibuk, tidak ramai orang, sepi.

Post a Comment

Next Post Previous Post