Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025/1446H - Hari Pertama


🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H 🌙

31 Mac 2025, merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa. Shida dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang menyambutnya. Alhamdulillah, akhirnya kita diberi peluang untuk meraikan hari yang penuh berkat ini bersama orang yang tersayang.


Pagi raya kali ini, kami sekeluarga bersiap-siap untuk menunaikan solat raya di pagi yang mulia ini. Selepas selesai solat, kami menikmati hidangan pagi bersama keluarga. Bagi tahun ini, kami mengambil keputusan untuk membawa mak dan ayah merasai pengalaman beraya lebih awal. Setiap tahun, mak dan ayah akan tinggal di rumah dan menunggu saudara mara yang datang berkunjung. Namun, tahun ini kami ingin memberikan mereka sedikit kelainan.


Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah adik-adik mak. Di sini, kami disajikan dengan hidangan yang sangat kami gemari, iaitu mee kari dan bihup sup—terpaling suka! Suasana di rumah sangat meriah, penuh gelak tawa dan kenangan manis bersama keluarga. Setelah selesai makan, abang sepupu pula datang ke rumah yang sama, dan kami berkumpul untuk meluangkan masa bersama-sama.

Pada sebelah petangnya, kami pulang ke rumah dan melawat sepupu-sepupu mak, yang hanya terletak beberapa rumah sahaja. Walaupun perjalanan dekat, namun ia tetap memberi makna tersendiri kerana dapat beraya bersama sanak saudara. Pada malamnya, giliran adik-adik mak pula berkunjung ke rumah kami untuk beraya dan berkumpul.


Inilah rutin keluarga Shida setiap tahun. Walaupun tahun berganti, kebersamaan dan kasih sayang dalam keluarga tetap kukuh, menjadi penyeri di setiap sambutan hari raya. Semoga tradisi ini terus diteruskan dan sentiasa diberkati oleh Allah. Selamat Hari Raya sekali lagi, maaf zahir dan batin!


Setelah kejadian buruk terjadi pada mak ayah Shida pada 03.01.2025 yang lalu, memberi impak yang sangat mendalam dalam diri ini. Segala kenangan bersama mak ayah, Shida akan kenang dan simpan. Hanya Allah S.W.T yang tahu bagaimana perasaan Shida waktu itu.

Post a Comment

Next Post Previous Post