.jpg)
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H 🌙
Hari Raya ke-2 tahun ini kami sekeluarga memilih tema hijau dan hitam untuk menyambut hari penuh keberkatan ini. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, kali ini suasana agak berbeza kerana sudah tiga tahun kami pulang beraya di kampung sebelah Shida. Keputusan ini dibuat atas sebab tertentu, iaitu kerana ibu bapa mertua (MIL & FIL) telah kembali ke rahmatullah dan tiada sedara di Selangor.
Bagi Shida sekeluarga, mak ayah sangat-sangat mengalukan kepulangan anak menantu yang merantau dan the only menantu lelaki ni. Raya pertama kami berziarah ke rumah mak-mak sedara dan abang sepupu yang tinggal berdekatan bersama mak, ayah dan abang sekeluarga. Apa yang berbeza untuk raya ke-2 hanya pada baju yang kami pakai dan hidangan yang dihidangkan di atas meja. Tahun ini, tema hijau dan hitam menjadi pilihan keluarga Shida bagi raya ke-2.
.jpg)
Seperti biasa, di hari Raya ke-2, kami sekeluarga akan meluangkan masa bersama-sama menikmati hidangan tradisional yang lazat. Dari ketupat, rendang, hingga kuih-muih yang pelbagai, setiap hidangan membawa makna yang mendalam. Walaupun ada sedikit kesedihan dalam hati, bilamana raya ke-2 adalah hari mak mentua pergi meninggalkan kami. Namun perasaan syukur tetap menyelubungi kami kerana dapat bersama-sama menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan bersama keluarga lain yang masih ada.
Akhir kata, semoga Allah sentiasa merahmati dan memberikan keberkatan pada setiap langkah kehidupan kita. Walaupun banyak perkara yang berubah, ikatan keluarga dan kasih sayang tetap kekal utuh.
.jpg)
.jpg)
Post a Comment